Bukan Bunga Bintang Kejora
Bukan itu diri ku
Kerana aku tidak se gah namanya
Aku hanya bunga biasa
Diri ku hanya umpama bunga mawar
Mekar harum jika elok dijaga
Namun bisa layu jika terabai
Duri ku pelindung dari onar
Agar diri ku terpelihara
Usah disentuh andai takut jari mu terluka
Cantik dipandang, namun rumit dijaga
Jika aku hanya meremehkan
Usah ditanam diri ku di laman taman
Jika mahu kuntum ku segar memekar
Bajailah aku, siramilah aku, cahayakan aku
Kerana aku bunga biasa yang perlu itu
Diri ku hanya umpama mawar
Yang tumbuh di muka bumi Allah
Bukan bunga di bintang kejora.
Kerana aku tidak se gah namanya
Aku hanya bunga biasa
Diri ku hanya umpama bunga mawar
Mekar harum jika elok dijaga
Namun bisa layu jika terabai
Duri ku pelindung dari onar
Agar diri ku terpelihara
Usah disentuh andai takut jari mu terluka
Cantik dipandang, namun rumit dijaga
Jika aku hanya meremehkan
Usah ditanam diri ku di laman taman
Jika mahu kuntum ku segar memekar
Bajailah aku, siramilah aku, cahayakan aku
Kerana aku bunga biasa yang perlu itu
Diri ku hanya umpama mawar
Yang tumbuh di muka bumi Allah
Bukan bunga di bintang kejora.
kejora hanyalah angan2 tak seperti mawar mengharum di taman
ReplyDeleteYa..kerana itu saya umpamakan diri saya dan kaum wanita sebagai bunga mawar dan bukan bunga bintang kejora yg hanya fantasi kaum lelaki sahaja=)
ReplyDelete