SAHABAT SEJATI
Salam semua. Ya, itulah tajuk entri pada kali ini. Orang selalu kata, sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa ada di sisi kita tidak kira di masa susah dan senang. Betul ke? Ya, mungkin ada benarnya. Tetapi bagaimana pula kita? Adakah kita pun begitu terhadap sahabat-sahabat kita? So, kita kena amalkan prinsip timbal balik atau 'give and take' dalam apa jua perhubungan. Kita harapkan orang lain berbuat kebaikan kepada kita tetapi kita sendiri kedekut untuk membuat kebaikan kepada orang lain. Ini namanya 'selfish' (tapi bukan bermakna 'menjual ikan'=p) dan hanya suka mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain.
Ok, aku tau korang semua tidak suka entri yang berjela-jela=p. Jadi aku skip dan fokus kepada apa yang hendak disampaikan. Adakah sahabat sejati adalah mereka yang sentiasa ada dihadapan mata kita? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Ini kerana belum tentu mereka yang sentiasa dihadapan mata kita itu adalah sahabat kita. Adakah dia yang selalu di hadapan mata kita sahabat kita jika dia selalu memperlekeh-lekehkan diri kita? Adakah dia sahabat jika dia sengaja mengguris perasaan kita dengan perkara-perkara yang tidak kita sukai? Betul atau tidak? Bergantung kepada pemahaman anda apa itu sahabat sejati bagi anda.
Di sini, aku nak bagi 'basic' kepada cara untuk mengenali siapa sahabat anda. Senang kata, sahabat anda yang terbaik adalah sahabat yang membuatkan anda selesa menjadi diri anda dan anda juga selesa dia menjadi dirinya. Anda tahu maksudnya dan di sini tidak perlu aku huraikan. Inilah asasnya. Mudahkan?
Comments
Post a Comment