Char Kuey Teow

Tetiba teringin nak belajar memasak Char Kuey Teow.. Ekekeke.. Di sini, aku dapat resepi ni daripada internet. Yeahh, ni kan zaman sains dan teknologi. Sekali klik, semua keluar. Ye ek? Ekekeke.. Oklah, berikut adalah resepi cara memasak Char Kuey Teow Penang daripada sebuah blog yang aku usha-usha. Macam best dan senang. Apa kata jom cuba try test! (Habis punah bahasa.. Haishhh....);).




(Hanya sekadar contoh sahaja)


Bahan-bahan:
1 Senduk Kecil Minyak Masak
½ Biji Bawang Putih + Bawang Merah (ditumbuk halus)
1 Biji Telur
Beberapa Ekor Udang (ikut citarasa)
1 Sudu Cili (Cili Boh atau Cili Kering)
1 Genggam Keow Teow(ikut citarasalah senang)
1 Genggam Taugeh(ikutle banyak mana nak kan)
2 biji telur Sedikit garam
4 sudu besar kicap manis
½ sudu teh cuka
½ cawan air
Sedikit Daun Kucai

Cara:
1)Panaskan Minyak
2)Masukkan Bawang Putih + Bawang Merah + Cili pastu ditumis sehingga naik baunya.
3)Masukkan Kicap + Pecahkan Telur + Air + Cuka, kacau rata (cepat-cepat dilakukan untuk mengelakkan airnya kering).
4)Masukkan Kuew Teow + Udang.
5)Lastly, masukkan Taugeh + Kucai, kacau sikit dan terus tutup api.


Ha, aku pun tak tau la kan betul ke tak resepi ni. Apa-apa pun sama-sama selamat mencuba!;p

Comments