Notakaki 1
Sabda Rasulullah s.a.w, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”
Lalu ada para sahabat bertanya,“Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali.
Benar. Aku memilih dalam jodoh. Beragama dan berakhlak yang dicari. Belum tentu orang yang beragama itu berakhlak. Jika tidak, bagaimana wujudnya istilah penunggang agama? Makanya, agama dan akhlak itu perlu seiring.
Memilih untuk keuntungan di dunia dan akhirat, adakah ia menjadi suatu kesalahan? Ingatlah, dunia ini hanya sementara. Sungguh, aku masih cetek ilmu dan masih banyak perlu dipelajari. Aku sangat dahagakan ilmu. Semakin banyak ilmu yang aku belajar, semakin ia menyedarkan aku bahawa terlalu banyak yang aku tidak tahu.
Hanya satu aku pinta. Tolong bimbing aku untuk ke Syurga. Aku hanya mahukan Syurga sebagai ganjaran. Boleh kan?

Comments
Post a Comment