Anak Anak Generasi ke 3 Ku Sayang
Salam sayang baby-baby Mama Ita..
Hari ini, Jumaat, 09 Disember 2011.
Ma Ta (Mama Ita) rindukan Farisya, Filzah dan Haziq..
Terima kasih kerana menceriakan kami semua.
Kehadiran kamu sebagai generasi ke-3, sangat menceriakan..
Tawa dan nangis kamu, pemecah kesunyian kami..
Mama Ita sengaja menulis entri ini.
Kelak bila kamu semua sudah besar, ada sesuatu yang Mama Ita tulis untuk kamu bertiga..
Mungkin apabila sampai ketika kamu bertiga membaca ini, Mama Ita hanya mampu menyampaikan melalui nukilan ini sahaja..
Farisya, Filzah dan Haziq..
Meskipun hanya bergelar ibu saudara kamu, tapi Ma Ta sudah anggap seperti anak-anak sendiri..
Di sini, Ma Ta mahu coretkan bahawa bertapa ibu-ibu kamu yakni akak-akak Ma Ta begitu berusaha untuk kamu..
Ibu-ibu kamu sedaya upaya untuk memberikan apa yang tidak pernah mereka dapat dahulu disepanjang masa mereka seusia kamu..
Ma Ta sangat terharu melihat usaha ibu-ibu kamu..
Apa yang mereka tidak pernah rasa dahulu, tetapi demi kamu, mereka cuba usahakan demi memberikan yang terbaik untuk kamu..
Jika dahulu hanya mampu pakai lampin kain yang mungkin digunakan bergenerasi..
Kini lampin pakai buang untuk kamu..
Jika dahulu hanya mampu bergantung kepada susu ibu dan bubur nasi..
Kini susu tepung dan nestum untuk kamu tidak kelaparan..
Jika dahulu tin-tin kosong, daun-daun pokok dan batang kayu dijadikan alat mainan memasak..
Kini mereka mampu membeli set mainan memasak untuk kamu..
Jika dahulu mereka hanya mampu menyimpan kehendak mereka..
Kini mereka berusaha mendapatkan apa yang kamu mahu..
Jika dahulu sepak dan terajang 'makanan' mereka..
Kini mereka berusaha mendidik kamu dengan penuh kelembutan dan penuh kasih sayang..
Jika dahulu baju dan seluar lusuh menjadi pakaian harian..
Kini mereka usahakan pakaian yang cantik-cantik untuk kamu yang comel pakai setiap hari..
Jika dahulu mereka diajar untuk menyimpan air mata dan menangis sendirian..
Kini mereka sentiasa cuba ada disisi kamu di saat suka dan duka..
______________________________________
Terlalu banyak yang Ma Ta ingin coretkan.. Namun, cukup perkara di atas untuk Ma Ta menyatakan bertapa mereka berusaha untuk keselesaan dan kebahagiaan kamu.. Itulah perubahan yang ibu-ibu kamu lakukan demi kesenangan kamu, generasi ke-3 kami.. Dan Ma Ta juga akan lakukan yang sama jika Ma Ta berada ditempat mereka..=)
::::Lakukan perubahan hidup demi kesenangan generasi seterusnya::::

Comments
Post a Comment