Dapur Orang Bujang - Ikan Bakar dan Air Asam

PERINGATAN! Entri ini disediakan khas oleh orang yang bukan pakar dalam memasak seperti Chef Wan tetapi boleh memasak untuk warga bujang yang dah bosan hari-hari asyik menghadap makanan megi segera, makanan beli kat luar dan yang sewaktu dengannya. Di sini ada menyediakan resepi mudah untuk dicuba dengan bahan-bahan yang mudah disediakan juga sesuai dengan keadaan dapur bujang. Diharapkan entri ini sedikit sebanyak mampu membantu memberi cadangan resepi mudah untuk orang-orang bujang diluar sana^.^. InsyaAllah..



BAHAN-BAHAN (3-4 orang makan)

IKAN BAKAR:

2 ekor ikan kembung (apa-apa ikan yang disukai pun boleh),

bahan-bahan kisar/tumbuk (dengan lesung batu):-
10 biji cili kering (digunting dan direndam dengan air panas atau suam untuk lembutkan cili dan kurangkan bijinya)
3 biji Bawang putih
5 biji Bawang merah
1 sudu kecil serbuk kari
Garam dan gula secukup rasa


*Bahan-bahan tersebut adalah disediakan mengikut citarasa sendiri memandangkan CBR bukan pakar seperti Chef Wan Ia boleh disediakan dengan menumbuk bahan-bahan menggunakan lesung batu ataupun dengan mengisar dalam mesin pengisar. Sekiranya ingin menggunakan kaedah mengisar, sila masukkan sedikit air kosong untuk melancarkan proses pengisaran. Bagi CBR lagi suka tumbuk bahan-bahan dengan lesung batu kerana ia menghasilkan aroma ikan bakar yang lebih sedap berbanding ia dikisar dan rasanya juga lebih menyelerakan.

CARA-CARA

1. Kisar atau tumbuk bahan-bahan tadi dan tambahkan gula dan garam secukup rasa.
CBR tumbuk je dengan lesung batu..

2. Gaulkan bahan-bahan tadi dengan ikan-ikan yang disediakan. Kemudian perap di dalam peti dalam 30minit.

3. Gunakan aluminium foil dan sapukan sedikit minyak masak dipermukaannya. Untuk lebih enak, letakkan daun pisang di atas aluminium foil dan barulah sapukan sedikit minyak di permukaan daun pisang.

4. Letakkan ikan-ikan yang diperap di atasnya dan kemudian tutup daun pisang dan foil tadi.


5. Bakar dengan menggunakan api kecil sehingga kedua-dua bahagian ikan masak.






AIR ASAM:

4 sudu besar asam jawa
Secawan air panas @ air suam
3 biji cili api @ padi
4 biji bawang merah
Gula secukup rasa

*Kuantiti bahan-bahan boleh diubah mengikut citarasa.

CARA-CARA

1. Rendam asam jawa dengan secawan air panas (lebih elok) atau air suam ke dalam sebuah bekas dan dapatkan air asam yang pekat dan campurkan gula secukup rasa. Kemudian tapis.

2. Hiris atau potong kecil-kecil cili-cili dan bawang. Kemudian campur ke dalam air asam tadi.

3. Siap dihidang bersama ikan bakar untuk dimakan.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Jeng3x...Ikan bakar yang Cik Bunga buat untuk makan tengahari. Dah siap pun..

Ha..Ni air asamnya..
P/S: Sangat best bila dimakan bersama nasi panas..Pergghhh.....


:::SELAMAT MENCUBA resipi Cik Bunga Ros yang tidak seberapa ini^.^::::::

Comments